Sunday, January 10, 2010

Merenunglah dan Besyukurlah - La Tahzan /Dont Be Sad (Dr. Aid Bin Abdullah Ar-Qarni)


Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda.

............Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya.........(Ibrahim: 34)

Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada didalamnya telah diciptakan oleh Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya; anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.

...........Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian , baik yang zahir mahupun yang batin.......(Luqman:20)

Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki

.........Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?........(Ar-Rahman:13)

Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki? Adakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas ke dua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia yang lainkehilangan kedua betisnya? . Apakah anda merasai nikmat tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang mengganggu ?. Pernahkah anda merasa nista ketika anda menyantap makanan yang lazat dan minuman yang dingin, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum kerana penyakit yang mereka deritai ?.

Renungkanlah !. Betapa besarnya fungsi pendengaran, dimana Allah
menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda terhindar dari kebutaan ; dan ingatlah kulit anda yang cantik yang tenghindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikan fungsi otak anda! Allah telah memberikan kesihatan akal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar Gunung UHUD ? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit ? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda? Namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan belian, tetapi anda kudung ?

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan, anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan yang stabil.

Dan anda acapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material , padahal anda masih memiliki kunci kebahagian, memilik setumpuk kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah.

..........Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasa Allah. Apakah kaliantidak memerhatikannya? (Adz-Dzariyat: 21)


Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tingga, pekerjaan, kesihatan, sahabat dan dunia sekeliling anda. Dan jangan termasuk di dalam golongan:

.
........Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya........(An-Nahl: 83)

2 comments:

shukrinorton said...

setiap kunjungan tembak aje ga sekali....ok....jgn lupe !!!

idhanz said...

thanks for share

SOFFIYA' S HOMESTAY MERU, KLANG

Ruang Parking Ruang Parking Luar Ruang Tamu Bilik Utama  Katil Saiz Queen untuk 2 orang Bilik ked...