Friday, April 16, 2010

Isu Buang Bayi - Mengapa Tidak Kembali Kepada Islam?

Kenyataan Media Oleh Ustaz Nasruddin Hassan

Isu pembuangan bayi dilihat semakin menjadi barah di dalam Negara Malaysia. Satu demi satu kes buang bayi terus dipaparkan di dada media arus perdana. Berbagai cara dilakukan oleh Kerajaan dalam membendung gejala buang bayi ini. Kempen dan program diatur sehingga menelan belanja jutaan ringgit namun dilihat gagal kearah mencapai objektif sebenar iaitu melahirkan masyarakat yang berakhlak tinggi.

Yang terbaru, Pemuda Barisan Nasional (BN) mencari pendekatan baru....

dalam menangani isu ini. Menurut Pengerusinya YB Khairy Jamaluddin merangkap Ahli Parlimen Rembau, kajian yang dilakukan di makmal itu dibahagikan kepada 4 bahagian kajian iaitu demokrasi, perpaduan, kos sara hidup dan pendidikan. Beliau berkata ketika muncul di Program Hello Malaysia di Bernama TV malam tadi.

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) berpendapat bahawa masalah ini hanya boleh diselesaikan dengan kembali kepada Islam sepenuhnya dengan maksud melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang yang termaktub di dalam Al Quran.

Apa yang lebih penting adalah penguatkuasaan undang-undang dan penekanan terhadap pendidikan Islam, bukan sekadar menjalankan kajian. DPPP bimbang pendekatan baru ini akan menjadi retorik semata-mata bagi meraih sokongan politik dan dalam masa yang sama gejala ini menjadi semakin parah.

DPPP berpandangan sekiranya pendidikan Islam tidak dititikberatkan selain perlunya ketegasan oleh pihak berkuasa dalam melaksanakan undang-undang, kajian ini pastinya akan menemui jalan buntu dan sudah pastinya wang rakyat hangus dibelanjakan dalam program yang tidak mendatangkan manfaatnya kepada rakyat.

Oleh itu, DPPP menegaskan segala masalah sosial yang berlaku khususnya yang melibatkan isu pembuangan bayi perlu kembali kepada Islam. Hanya Islam sahaja yang dapat menyelesaikan segala masalah.
Jangan hanya melihat kepada kesan atau akibat sesuatu jenayah tetapi apa yang paling penting ialah melihat kepada punca dan dan elemen pencetus . DPPP melihat pergaulan bebas dan zina adalah punca kepada kes buang bayi yang tidak terkawal. Justeru itu pelan penyelesaian pihak berwajib ialah menangani gejala pergaualan bebas dan zina yang kian berleluasa 


Kerajaan mesti mengambil langkah nekad dan tegas untuk menutup ruang - ruang maksiat seperti :-
A) Kelab malam yang mula bercambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan .


B) Aktiviti mungkar yang mendorong pergaulan bebas seperti konsert hiburan yang keterlaluan .

C) Filem (melayu atau barat) yang mendorong rangsangan nafsu syahwah

D) Lambakan bahan bacaan yang tidak bermoral di pasaran terbuka

E) Laman web lucah di Internet
DPPP mendesak supaya kerajaan segera mengambil tindakan berkesan dengan memperkayakan aktiviti bermoral dan sarat dengan didikan agama yang membawa masyarakat menghayati konsep dosa dan pahala seperti :

A) Menganjurkan motivasi hidup beragama secara terbuka kepada generasi muda

B) Memperbanyakkan signboard yang mengingatkan masyarakat kepada agama

C) Menurunkan signboard yang mengeksploitasi tubuh wanita yang menghairahkan

D) Insentif kepada mereka yang menggiatkan aktiviti agama seperti SAR & pendakwah

E) Memperbanyakkan Islamic chanel di TV dan radio serta media cetak

F) Menguatkuasakan undang-undang syariat secara berkesan dan serius


Disediakan oleh
HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Sumber : Tranungkiteonline

No comments:

SOFFIYA' S HOMESTAY MERU, KLANG

Ruang Parking Ruang Parking Luar Ruang Tamu Bilik Utama  Katil Saiz Queen untuk 2 orang Bilik ked...