Related Posts with Thumbnails

Saturday, May 29, 2010




Konvoi kemanusiaan di jangka tiba di Gaza hari ini

sumber: Harakahdaily 
KUALA 
LUMPUR, 29 Mei: Pasukan polis laut Gaza telah membuat beberapa latihan bagi menyambut ketibaan konvoi kemanusiaan antarabangsa Gaza termasuk bagi tujuan menyelamatkan kapal daripada sebarang ancaman zionis.
Semalam, laman web http://www.lifeline4gaza.org/ melaporkan kapal-kapal bantuan itu dijangka tiba di perairan Gaza pada hari ini.
Laporan itu menyebut, setelah belayar sejak lebih 12 jam lalu daripada pelabuhan Yeni Antalya di Turki, kapal Mavi Marmara kini sedang berada di tengah Lautan Mediterranean berhampiran perairan Cyprus. 
Kapal Mavi Marmara sudah mula bergabung dengan sebuah kapal daripada Greece yang bernama Challenger-2. Mereka menunggu ketibaan tujuh buah kapal-kapal lain. Kapal-kapal itu dijangka meneruskan pelayaran terus ke Gaza apabila kesemua sembilan buah kapal bertemu di perairan tersebut.


Wednesday, May 26, 2010

Istiwa Matahari atas Kaabah pada 28 Mei 2010 jam 5.16 pm

Sekali lagi matahari dan bumi berada pada kedudukan yang cukup unik, dan sudut yang cukup tepat dan sesuai bagi umat Islam untuk menyemak kembali arah kiblat kita.Pada jam 5.16 PM , 28 Mei 2010 nanti (Jumaat ini), Matahari berada tegak di atas Kabaah di Masjidilharam Mekah.
Fenomena yang dikenali sebagai istiwa matahari ini merupakan satu anugerah Allah SWT yang diberikan kepada manusia di Bumi untuk kembali mengingati kebesaran dan kekuasaanNya mentadbir pergerakan apa yang ada di langi dan bumi untuk kegunaan manusia umumnya.
Untuk mendapatkan info lebih lanjut sila layari :
http://www.falak-online.net/portalfalak/frontpage

Sunday, May 23, 2010



POLIGAMI YANG SAH DIHUKUM, JUDI YANG HARAM DIBENAR

Kerajaan 1 malaysia sehingga kini masih memekakkan telinga dan menutup sebelah mata akan bantahan rakyat Malaysia terhadap kebenaran (lessen) JUDI yang mereka keluarkan kepada satu syarikat sempena bola sepak piala dunia yang akan berlangsung nanti.  Di sebalik dakwaaan  bahawa konsep 1 Malaysia-nya selari dengan islam,  namun apa yang kita dapat saksikan adalah pemerintahan kini semakin hari semakin dipenuhi maksiat.  Judi yang Allah sifatkan sebagai RIJSUN (NAJIS) kini terlihat jelas memenuhi  wajah pemimpin Malaysia.  Inilah ‘hadiah’ dari system demokrasi kepada rakyat Malaysia di  mana mengikut demokrasi,  pihak yang berkuasa (kerajaan) adalah pihak yang berhak membuat undang-undang.

Wednesday, May 19, 2010




بسم الله الرحمن الرحيم


ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK (hadis ketigabelas-40 hadis akhir zaman)

Ertinya:Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".
H.R. Thabrani

Di antara tanda-tanda qiamat ialah:
      1. Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya
      2. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah
          tercemar.
      3. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk
          membuat kejahatan sangat banyak.
      4. Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat 
           kemudahan yang sewajarnya.
      5. Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya.
      6. Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik 
           tidak segan terhadap mereka

Tuesday, May 11, 2010





ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?


JIKA  kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh KAKI BODEK dan KAKI AMPU. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Tuesday, May 4, 2010

Ketika Bertamu Di sini.

Tika tiba di bumi ini, melewati jeddah menuju Madinah
Jauhnya perjalanan seorang rasul dalam dakwahnya panjang di padang pasir gersang.
Jejak-jejak ini mengingatkan keinsafan seorang hamba yang bertamu sebentar.....

Madinatul Munawarrah dalam lambaian dan senyuman
Disini jasad yang mulia menanti seorang umat berziarah..
Masjid nabawimu memancarkan ketenangan
Taman raudahmu tempat rebutan dalam doa keinsafan

Aku datang  ke sisi MU Ya Allah, memohon doa , juga menziarah kekasihMU
Dibawah Qubah Al-Hadra...
Di sisi Mihrab...
Wahai Nabi,! sesunggunya, aku datang menziarahmu dan sahabat
Ucapan salam untukmu ya Rasulullah , juga salam untuk mu saidina Abu  Bakar  juga Sayidina Umar-Alkhattab
Ya Allah , sesungguhnya jadikan pertemuan dengan rasulMU sebabagai cintaku padaMU juga Rasul pilihan
Jangan Kau  palingkan aku dari Jalan RasulMU...




Jangan kalian, memaling menziariahi  Al Baqi, 
Disini jasad yang dijanjikan
 Agar melembut hati dalam mengingati mati
 Juga masjid berakar taqwa, Quba, saksi permulaan dakwah dan  aqidah
 bersolat di Qiblatain, dua kiblat ,
 di Baitulmaqdis juga  Baitullah Al  Haramm       















Seakan terdengar derapan kuda-kuda perang di Medan Uhud ini.
Aku memandang sayu dari puncak Jabal Uhud
Mengimbas kisah peperangan ini.
Bersama-sama ketenangan tujuh puluh sahabatmu
Di pembaringan makam syuhada.





Tiba saatnya aku akan berpisah denganmu
Dalam ziarah wada ini,
Tidak ku tahan kesedihan ini..
Mengalir airmata dalam esakan kesedihan
kulewati lagi makammu dan sahabat
Mungkinkah kita bertemu lagi Ya Rasulullah