Tuesday, June 29, 2010



Kejahatan-kejahatan Bangsa Yahudi

Bangsa Yahudi adalah  pembunuh para nabi yang diutuskan dari kalangan Bani Israel, sepanjang zaman terus menerus  melakukan pembunuhan dan kekejaman keatas  bangsa Palestin . Disenaraikan antara sejarah kekejaman Yahudi yang tidak akan dapat dilupakan bangsa Palestin - sebelum dan sesudah wujudnya negara Israel…

1. KAUM Yahudi mengaku mereka keturunan Nabi Daud. Mereka percaya kawasan sekitar Bukit Zion atau Palestin adalah bekas kerajaan Nabi Daud yang telah ditawan dari Bani Al-Yabusiyyah.

2. YAHUDI memilih segi tiga terbalik sebagai lambang mereka, yang bermaksud materialisme, manakala segi tiga betul adalah spiritualisme. Gabungan kedua-duanya - segi tiga betul dan terbalik - membentuk berbucu enam yang menjadi lambang agama Yahudi hingga kini.

Sunday, June 20, 2010

Isu GazaYang kian Suram

Kita menangis untuk GAZA hanya sekejap,kita menadah doa untuk GAZA mengikut musim,kita berbicara tentang GAZA hanya di mulut.Selepas segalanya dah sejuk,fikiran pun dikosongkan dari memikirkan tentang GAZA.

Kita mudah tertipu dengan tipu daya musuh.itulah hakikat yang perlu ditelan oleh kita.

Perancangan rapi musuh telah memerangkap kita.kita telah terperangkap dengan permainan mereka.World cup yang datang selepas tragedi MAVI MARMARA diserang cukup untuk menukarkan rasa sedih dan geram kita pada kejadian itu kepada kegembiraan dan kelalaian kita menonton dan bersorak untuk pasukan pilihan masing-masing.tidak salah untuk menonton,tapi jika ada yang sanggup berkorban apa saja untuk terpacak di depan tv semata-mata tidak mau ketinggalan menyaksikan secara live perlawanan,itu satu kerugian yang nyata.kalau minat bola sekalipun,biar diseimbangkan dengan perkara-perkara lain yang lebih bermanfaat.GAZA tidak berhenti menangis,tapi kita sudah cepat-cepat mengesat air mata yang tidak kelihatan itu.Ingat,GAZA itu tanggungjawab kita bersama.

World cup juga satu konspirasi jahat dari musuh yang telah dirancang rapi.lagunya,lambangnya,nama bolanya..semua mengandungi seribu satu konspirasi yang tersirat.Terpulanglah untuk mempercayainya atau tidak.Gerakan halus ini sangat licik pergerakannya.hampir kita tidak sedari,gerakan ini telah berada di sekeliling kita melalui racun-racunnya yang lima seperti yang disebutkan dalam post sebelum ini iaitu 5S=SONG,SMOKE,SPORT,SCREEN,SEX.

Bangunlah dari tidur wahai Umat Muhammad s.a.w.Saudara kita di GAZA memerlukan pertolongan kita.Jangan terpedaya dengan musuh yang sentiasa mencari peluang menghancurkan kita dari pelbagai sudut.Amat rugi air mata yang mahal itu dicurahkan ke tempat yang tidak selayaknya. Curahlah untuk menangisi keperitan saudara kita di sana.
  
sumber : tranungkite ( http://redqalbi.blogspot.com)

Friday, June 18, 2010







SAINTIS AKUI MATAHARI AKAN TERBIT DARI BARAT



Fenomena matahari terbit dari barat merupakan satu kejadian yang membuatkan pakar-pakar sains berfikir bagi mencari dan mengkaji akan punca kejadian ini. Ianya juga telah mula diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu. Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud): “Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” (Riwayat Muslim)

Sejauh manakah kebenaran fenomena ini? Ikuti wawancara HAPPIS BASHA bersama pakar astronomi negara, PROFESOR DR. MOHD ZAMRI ZAINUDDIN, mengenai fenomena ini.

Thursday, June 10, 2010

Photobucket
Add caption
Terima kasih kepada pemberi award ini, 1. nadia_dizarch (beautiful blogger award), 2. saiedah (best friend award), 3. Abuluqman (anugerah dari orang kampung) dan nur insan (best follower 10).. Jutaan terima kasih diucapkan. Dirangkumkan sekali saja keempat -empat award yang cantik dan molek ini. Semoga kita terus menjadikan ruangan blogger ini sebagai wadah untuk terus menyalurkan informasi-informasi yang berguna dan juga sebagai medan dakwah...insyaallah. Kepada pemberi award ini jutaan terima kasih diucapkan. Bila pula saya nak bagi award, nak design tak pandai lagi....Tunggu le nanti bile sudah ok..

Tuesday, June 1, 2010

Dr Rani selamat, Jamuliddin dan wartawan Awani tidak diketahui
   
KUALA LUMPUR, 31 Mei: Semua rombongan rakyat Malaysia yang menyertai Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza selamat walaupun 16 dari anggota konvoi itu terbunuh dan lebih 30 cedera.

Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman dalam smsnya berkata beliau selamat dan kini kapal yang dinaikinya dipaksa berlabuh di Haifa.

Namun begitu, keadaan Timbalan Pengarah Yayasan Amal, Jamuliddin Elias belum diketahui lagi kerana tidak ada sebarang perhubungan dengan beliau. Setiausaha Politik MB Selangor, Nik Nazmi berkata, Jamuliddin berada di atas salah satu kapal dalam konvoi itu.

Lapan rakyat Malaysia disahkan berada dalam Mavi Marmara, kapal utama dalam flotila pro-Palesti yang diserang tentera Israel hari ini

Manakala itu, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan kini berada di Istandul dan sedang berusaha untuk menyertai penduduk tempatan Turki yang sedang berdemo menentang tindakan Israel terhadap konvoi damai itu.

Turut selamat adalah tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) iaitu Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu dan anggota parlimen kawasan Parit, Mohd Nizar Zakaria.

Mereka turut disertai wartawan TV3 Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

Namun begitu nasib dua wartawan Astro Awani tidak diketahui.

Shamsul berkata mereka berada kira-kira 1,000 batu nautika dari Gaza.

"Kami telah mendengar mengenai IHH (kapal Turki). Rancangan sekarang adalah untuk terus maju dan berpatah balik sekiranya terdapat amaran daripada tentera Israel," katanya.

Sumber : Harakahdaily   

SOFFIYA' S HOMESTAY MERU, KLANG

Ruang Parking Ruang Parking Luar Ruang Tamu Bilik Utama  Katil Saiz Queen untuk 2 orang Bilik ked...