Related Posts with Thumbnails

Sunday, August 22, 2010

Moga-Moga Ramadhan Kali Ini  Kita Dapat Lakukan Ia......

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena  dengannya
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang  sia-sia
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang HARAM atau yang mengandungi unsur  SYUBHAT terutama ketika berbuka
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati  atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia

Tuesday, August 10, 2010





Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!! 

Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan kepada kalian berpuasa, sebagaimana juga telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kalian supaya kalian menjadi orang-orang yang bertaqwa.” (Q.S. Al-Baqarah/2: 183)

Ramadhan menjelma lagi, setelah kita melalui fasa bulan Rejab, Sya'ban dan beberapa hari lagi  bulan yang penuh dengan keberkatan dan dimana  diwajibkan berpuasa. Berbahagialah mereka yang dapat melaksanakan ibadah puasa dan terus menerus menambahkan amal ibadat selepas ramadhan, agar menjadi hamba-hamba yang bertaqwa.

Sabda Rasulullah SAW  "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

(Hadis riwayat -Ubadah Bin Somit RA.)

 Memang nyata, kita belum seperti para shahabat Rasulullah saw., mungkin anda atau saya bahkan merasa biasa-biasa saja dengan datangnya Ramadhan. Atau yang lebih malang , dan berasa runsing tatkala hampirnya Ramadhan. Na’udzubillah. Yang menyambut gembira Ramadhan adalah orang beriman, yang menyambut dengan lemah dan malas mungkin golongan fasiq, atau ini boleh menjerumuskan kearah kekufuran.

Marilah kita persiapkan seluruh kemampuan kita; baik rohani ataupun jasmani,  ilmu dan harta menyambut Ramadhan yang mungkin kita tidak akan menjumpainya lagi di tahun hadapan.

"Ramadhan kedatanganmu ku tunggu, pemergianmu ku tangisi".....

Friday, August 6, 2010

Gaji: 34 peratus pekerja di bawah garis kemiskinan 
 
Kajian Kementerian Sumber Manusia mengenai gaji pekerja dalam negara mendapati bahawa hampir 34 peratus daripada kira-kira 1.3 juta pekerja memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700. 

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata kajian Perolehan Pekerjaan Nasional 2009 memberi penekanan terhadap soal pentingnya tahap gaji ini dinaikkan, terutama selepas kementerian itu mendapati bahawa sukar untuk menyerahkan soal gaji pekerja kepada kuasa pasaran semata-mata. 

Beliau turut merujuk kepada kajian Bank Dunia yang mendapati bahawa pergerakan gaji di Malaysia hanya mencatatkan pertumbuhan 2.6 peratus setiap tahun sejak 10 tahun lalu berbanding dengan peningkatan kos hidup dalam tempoh itu.