Penyampaian cek "Sahutan ke tanah suci" dari Bank Islam
Semalam, 25-Oktober 2010 telah di adakan penyampaian hadiah kepada 12 orang pemenang "Sahutan Ke Tanah Suci" di DEWAN UTAMA, ARAS 5, SETIA 1 (bersebelahan Wisma Bank Islam, Bukit Damansara). Di mana salah seorang pemenangnya adalah isteri aku. Penyampaian hadiah adalah kepada mereka yang bertuah , kerana telah menggunakan Master card bank islam dengan mata yang tertinggi pada satu-satu masa. Tidak kira samada penggunaan pembeliaan barangan atau pengisian petrol. Terpulang kepada pengunaan masing-masing.
Cuma aku sempat bertanya bagaimana isteriku boleh terpilih. Pegawai Bank itu memberitahu bahawa penggunaan kad oleh isteri aku pada satu hari tu, paling tinggi. Melalui kaedah tertentu (hanya diketahui oleh bank islam sahaja). Kemudian nama yang terpilih tadi akan dilakukan cabutan oleh bank islam. Dengan takdir Allah, isteri aku terpilih.
Nilai hadiah adalah tertera seperti dalam cek besar itu. RM 25,000. Insyaallah kalau tidak ada halangan(bergantung kepada kuota) pergi haji tahun hadapan. Nampaknya dia kena pergi seorang le. Aku kena jaga anak le..hehe.... Kalau nak pergi sekali buat masa ini mungkin tak dapat. Aku nak kumpul duit entah berapa tahun baru boleh dapat...
Dia pun aku agak dah boleh kot untuk pergi sendiri, cuma nak cari mauhrimnye saja. Pengalaman semasa aku menunaikan umrah pada julai 2007 dengan nya mungkin boleh membantu serba sedikit.
Kepada pemegang master card Bank Islam (promosi sikit), mungkin nama anda naik tahun hadapan mana tahu. kalau tak buat lagi buat sekarang...Tapi aku biasa gunakan kad untuk isi minyak aje, senang nak budget, berapa penggunaan petrol setiap bulan.
--sesunguhnya, beruntunglah orang yang mampu menyahut panggilan Haji dari Allah dengan mengucapkan lafaz talbiyah yang mulia--
--sesunguhnya, beruntunglah orang yang mampu menyahut panggilan Haji dari Allah dengan mengucapkan lafaz talbiyah yang mulia--
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لا شَرِيكَلَكَ لَبَّيْكَ، انَّالْحَمْدَ، وَالنِّعْمَةَ، لَكَ وَالْمُلْكَ، لا شَرِيكَلَكَ
Aku penuhi panggilan-Mu Wahai Allah! Aku penuhi panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan semua kerajaan adalah milik-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.