POLIGAMI YANG SAH DIHUKUM, JUDI YANG HARAM DIBENAR
Kerajaan 1 malaysia sehingga kini masih memekakkan telinga dan menutup sebelah mata akan bantahan rakyat Malaysia terhadap kebenaran (lessen) JUDI yang mereka keluarkan kepada satu syarikat sempena bola sepak piala dunia yang akan berlangsung nanti. Di sebalik dakwaaan bahawa konsep 1 Malaysia-nya selari dengan islam, namun apa yang kita dapat saksikan adalah pemerintahan kini semakin hari semakin dipenuhi maksiat. Judi yang Allah sifatkan sebagai RIJSUN (NAJIS) kini terlihat jelas memenuhi wajah pemimpin Malaysia. Inilah ‘hadiah’ dari system demokrasi kepada rakyat Malaysia di mana mengikut demokrasi, pihak yang berkuasa (kerajaan) adalah pihak yang berhak membuat undang-undang.
