Sunday, January 17, 2010






Tahun 2010 yang baru memasuki fasa awal ini, seakan menjanjikan suasana sukar dan getir kepada kita. Peringatan dari Allah telah ditunjukkan dengan nyata dan jelas sekali. Rentetan peristiwa seperti gerhana bulan diawal bulan dan gerhana matahari dipertengahan bulan untuk kita insafi. Gerak gempa di Haiti yang membunuh puluhan ribu manusia dan memusnahkan kota-kota yang hebat dengan sekelip mata seakan menjadi padang jarak padang tekukur . Peperangan demi peperangan, pembunuhan juga terus berlaku. Sepertimana hadis Rasulullah:


Berbagai kota besar akan dihancurkan dan hal ini akan terjadi seolah-olah kota-kota itu tidak pernah ada sebelumnya. (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-Zaman)

As Sa’ah (Hari Akhir) tidak akan terjadi hingga ... gempa bumi akan sangat sering terjadi (HR Bukhari).

Rasulullah SAW bersabda, “Al Harj (akan meningkat)”’ Mereka bertanya, “Apakah Al Harj itu?” Beliau menjawab, “(Iaitu) pembunuhan (saling membunuh), (iaitu) saling membunuh (pembunuhan).” (HR Bukhari)



Bumi ini sesungguhnya tidak meredhai kejahatan demi kejahatan yang dilakukan oleh penghuninya. Usianya juga terlalu tua dan uzur dan hanya menunggu perintah dari Allah untuk memuntahkan segala isinya. sedikit demi sedikit isinya dikeluarkan. Gempa bumi di Amerika, Indonesia, Taiwan dan Greece letusan gunung berapi di Congo juga ditempat yang lain menceritakan betapa bumi sudah hujung usia dan menanti saat yang bernama kiamat.(As sa'ah)

S
atu demi satu bala bencana diturunkan oleh Allah sebagai peringatan agar manusia kembali kepada agama. Begitu banyak bukti-bukti di dalam Alquran, dimana tamadun manusia yang hebat seperti kaum Aad, kaum Tsamud dan Firaun dihancurkan dan meninggalkan sisa runtuhan yang ditelan bumi. Ia tidak lain adalah azab dari Allah untuk umat yang membuat kerosakkan dan kemaksiatan. Ini seharusnya menjadi pengajaran kepada kita. kerana umat manusia sering lalai disamping terlalu banyak melakukan kerosakkan dan kejahatan diatas muka bumi dengan tangan-tangan mereka sendiri.

Sewajarnya kita kembali kepada agama Islam dengan meninggalkan segala kefasadan dan kemaksiatan serta menghindari perkara yang ditegah serta mencegah kemaksiatan dan menjadi hamba yang tunduk dan patuh pada syariatnya.

3 comments:

BOM321 said...

qdine, sebelum blogwalking pastikan kau punya url betul, kau selalu tapi macam ni
qdine.blospot.com

sila tulis macam ni

qdine.blogspot.com

supaya senang blogger nak blogwalking :D

jutawan akhrat said...

Info bermanfaat dr anda...

http://absensisidikjari.com/ said...

serem..
hihi...

http://absensisidikjari.com/

SOFFIYA' S HOMESTAY MERU, KLANG

Ruang Parking Ruang Parking Luar Ruang Tamu Bilik Utama  Katil Saiz Queen untuk 2 orang Bilik ked...