Tuesday, October 26, 2010


Penyampaian cek "Sahutan ke tanah suci" dari Bank Islam

Semalam, 25-Oktober 2010 telah di adakan penyampaian hadiah kepada 12 orang pemenang "Sahutan Ke Tanah Suci" di DEWAN UTAMA, ARAS 5, SETIA 1 (bersebelahan Wisma Bank Islam, Bukit Damansara).  Di mana salah seorang pemenangnya adalah isteri aku. Penyampaian hadiah adalah kepada mereka yang bertuah , kerana telah menggunakan Master card bank islam dengan mata yang tertinggi pada satu-satu masa. Tidak kira samada penggunaan pembeliaan barangan atau pengisian petrol. Terpulang kepada pengunaan masing-masing.

Cuma aku sempat bertanya bagaimana isteriku boleh terpilih. Pegawai Bank itu memberitahu bahawa penggunaan kad oleh isteri aku pada satu hari tu, paling tinggi. Melalui kaedah tertentu (hanya diketahui oleh bank islam sahaja). Kemudian nama yang terpilih tadi akan dilakukan cabutan oleh bank islam.   Dengan takdir Allah, isteri  aku terpilih.

Nilai hadiah adalah tertera seperti dalam cek besar itu. RM 25,000. Insyaallah kalau tidak ada halangan(bergantung kepada kuota) pergi haji tahun hadapan. Nampaknya dia kena pergi seorang le. Aku kena jaga anak le..hehe.... Kalau nak pergi sekali buat masa ini mungkin tak dapat. Aku nak kumpul duit entah berapa tahun baru boleh dapat...

Dia pun aku agak dah boleh kot untuk pergi sendiri, cuma nak cari mauhrimnye saja. Pengalaman semasa aku menunaikan umrah  pada julai 2007 dengan nya mungkin boleh membantu serba sedikit.






Kepada pemegang master card Bank Islam (promosi sikit), mungkin nama anda naik tahun hadapan mana tahu. kalau tak buat lagi buat sekarang...Tapi aku biasa gunakan kad untuk isi minyak aje, senang nak budget, berapa penggunaan petrol setiap bulan.


--sesunguhnya, beruntunglah orang yang mampu menyahut panggilan Haji dari Allah dengan mengucapkan  lafaz talbiyah yang mulia--


لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لا شَرِيكَلَكَ لَبَّيْكَ، انَّالْحَمْدَ، وَالنِّعْمَةَ، لَكَ وَالْمُلْكَ، لا شَرِيكَلَكَ 
 Aku penuhi panggilan-Mu Wahai Allah! Aku penuhi panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan semua kerajaan adalah milik-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.







Sunday, October 24, 2010



Operating system (OS) Percuma, Tak mahu ke ?

Ubuntu adalah sebuah sistem operasi lengkap yang berasaskan Linux. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis komputer. Apa yang menarik mengenai Ubuntu ialah, ianya PERCUMA!!! Anda bebas menggunakannya di mana sahaja. Ubuntu juga dilengkapi dengan aplikasi asas yang anda perlukan.Perisian yang disertakan dalam Ubuntu adalah bebas dan bersumber terbuka. Hebat bukan?

Sebelum ini, ubuntu 10.04 telah dilancarkan pada april 2010. Dimana angka 4, menunjukkan bulan dilancarkan dengan nama Ubuntu 10.04 LTS. Yang terbaru nama Ubuntu 10.10 "Maverick Meerkat" dilancarkan pada oktober 2010

Jangan tak percaya, Ubuntu memang percuma. Anda boleh muat turun, disalin dalam cakera padat dan dikongsi dengan sesiapa sahaja. Bukan seperti perisian Microsoft Windows yang memerlukan anda membayar lesen. Sungguhpun Ubuntu tidak kebal,namun setakat ini, tiada lagi virus yang dapat menerobos masuk ke sistem operasi ini. Download dengan percuma, tak perlu bayar   disini

Bagi syarikat atau sesiapa yang mahukan persekitaran aplikasi yang stabil, anda boleh menggunakan versi Sokongan Jangka Panjang SJP (atau LTS, Long Term Support) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan.
Dengan Aplikasi Pemasangan yang mudah, anda hanya perlukan lebih kurang 25 minit sahaja untuk memasang Ubuntu pada komputer anda.

Selain itu Ubuntu Muslim Edition 10.04 (code name Sabily)  boleh juga di download.
seronok betul guna  OS free nie, antara yang terbaru terdapat pada Ubuntu sabiliy 10.04 adalah:

- New “Manarat” pictures and wallpapers
- Zekr 0.7.6
- Thawab 3
- New offline recitation: Al-Muaiqly (48kbps)
- New parental web control application: nanny


Saya juga sedang menunggu new ubuntu 10.10 ( Sabily 10.10, codename "Al-Quds",) akan dilancarkan pada November 1st 2010, InshaAllah...

Thursday, October 21, 2010

Harta Dunia Hanya Sementara......

IANYA HANYA PINJAMAN DARI ALLAH

Bahagia itu ada di dalam HATI. Bahagia itu di dalam JIWA. Carilah kebahagian dihati sanubari dan kebersihan jiwa.

Pada masa kini, dengan jelas kita dapat melihat ramai manusia yang begitu mabuk dan mendambakan harta kekayaan duniawi. Dalam mencari harta, manusia tidak ubah seperti meneguk air di tengah panas terik. Setelah minum , maka hilanglah sekejap rasa dahaganya. Tetapi kemudian dahaga itu akan kembali sehingga mereka akan mencari air lain yang mungkin menjanjikan kenikmatan dari air yang pertama.

Thursday, October 14, 2010



Stuxnet - senjata pemusnah terbaru Yahudi


"Dalam pertengahan September, seluruh dunia dihebohkan oleh berita arus perdana yang memaparkan cerita berita tentang Israel sebagai pencipta dan penyebar virus komputer paling merbahaya, iaitu Stuxnet.

Sebelum ini, kebanyakan virus hanya menyerang PC atau ‘server’ untuk e-bisnes, iaitu dengan cara memadamkan fail atau dokumen sistem kunci, atau menghalang capaian laman sesawang, tetapi tidaklah sampai ketahap merosakkan fungsi utama.

Virus Stuxnet berbeza. Ia satu-satunya virus yang berupaya menembusi komputer yang digunakan untuk mengawal mesin-mesin utama dalam industri, sehingga membolehkan penyerangnya mengawal sistem-sistem kritikal seperti pam, motor, loceng kecemasan dan injap dalam sesuatu kilang industri. Yang paling ditakuti ialah apabila sistem keselamatan di loji tenaga nuklear dapat di matikan; air segar dicemarkan dengan sisa buangan dari loji rawatan kumbahan, atau injap paip minyak dibuka sehingga mencemari tanah dan laut.
“Apabila penyerang dapat mengawal sistem industri seperti, loji air, loji rawatan kumbahan atau stesyen janakuasa, maka ia akan menjadi satu ancaman yang amat serius kepada dunia,” kata Patrick Fitzgerald, pegawai kanan perisikan ancaman Symantec.

Saturday, October 2, 2010


Jangan tanyakan (La Tas' aluni)

Jangan  tanyakan aku tentang hidupku, 
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan, 
Ia adalah anugerah, ia adalah ujian. 
Ia adalah dunia penuh dengan cita-cita 
Aku telah.....


Begitulah sedikit dari baris-baris dari lagu nasyid yang sungguh menusuk jiwa. Termenung aku sejenak apabila terdengar nasyid ini, apabila aku ikuti baris-demi baris, sememangnya aku menginsafi diriku. Tiada apa sumbanganku pada agama ini. Sedangkan orang lain berlumba-lumba membuat amal kebajikan. Teringat cerita sang pipit yang berusaha memadamkan api tatkala nabi Ibrahim (a.s) dibakar oleh Namrud yang kufur.


Binatang lain memperlekehkan sang pipit yang berusaha sedaya-upaya untuk memadamkan api mengambil air dengan paruhnya. Apa yang dapat dilakukan oleh sang pipit berbuat demikian, sehingga tidak dapat memberi kesan kepada api yang marak. Lantas dijawab oleh pipit, dia takut ditanya oleh Allah, apakah sumbangannya tatkala Nabi Allah Ibrahim dibakar.

Dalam kehidupanan kita, tidak lepas dari cita-cita dan panjang angan-angan. begitu juga aku, ingin mengejar kejayaan, kegemilangan dan harta dan sebenarnya ianya adalah ujian bagi diri ku. Mereka yang berjaya di dunia dan akhirat adalah orang yang mengikut jalan rasul  sebagaimana yang ditunjukkan oleh Al-quran. Sehingga mereka terus berjihad di jalan Allah. Sama ada Jihad untuk mengajarkan ilmu, berdakwah, menginfaqkan harta  dan seterus Jihad Fisabilillah. Dan amatlah buruk dan tercela orang yang tidak dapat  memberikan apa -apa  sumbangan hatta sedikit untuk  agama Allah  sebagaimana sebaris dari lagu nasyid ini ''
Jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu" . Ya Allah , jadikan aku orang yang dapat memberikan walaupun sedikit sumbangan kepada agamaMu, sebelum nafasku terhenti....


jazakallahu khair...kepada Mardiahjamil http://mardhiahjamail.blogspot.com tatkala aku mendengar nasyid di blogmu sungguh menginsafkan diriku yang dhaif lagi lemah...


Renungkan sejenak..... 


SOFFIYA' S HOMESTAY MERU, KLANG

Ruang Parking Ruang Parking Luar Ruang Tamu Bilik Utama  Katil Saiz Queen untuk 2 orang Bilik ked...