Saturday, October 2, 2010


Jangan tanyakan (La Tas' aluni)

Jangan  tanyakan aku tentang hidupku, 
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan, 
Ia adalah anugerah, ia adalah ujian. 
Ia adalah dunia penuh dengan cita-cita 
Aku telah.....


Begitulah sedikit dari baris-baris dari lagu nasyid yang sungguh menusuk jiwa. Termenung aku sejenak apabila terdengar nasyid ini, apabila aku ikuti baris-demi baris, sememangnya aku menginsafi diriku. Tiada apa sumbanganku pada agama ini. Sedangkan orang lain berlumba-lumba membuat amal kebajikan. Teringat cerita sang pipit yang berusaha memadamkan api tatkala nabi Ibrahim (a.s) dibakar oleh Namrud yang kufur.


Binatang lain memperlekehkan sang pipit yang berusaha sedaya-upaya untuk memadamkan api mengambil air dengan paruhnya. Apa yang dapat dilakukan oleh sang pipit berbuat demikian, sehingga tidak dapat memberi kesan kepada api yang marak. Lantas dijawab oleh pipit, dia takut ditanya oleh Allah, apakah sumbangannya tatkala Nabi Allah Ibrahim dibakar.

Dalam kehidupanan kita, tidak lepas dari cita-cita dan panjang angan-angan. begitu juga aku, ingin mengejar kejayaan, kegemilangan dan harta dan sebenarnya ianya adalah ujian bagi diri ku. Mereka yang berjaya di dunia dan akhirat adalah orang yang mengikut jalan rasul  sebagaimana yang ditunjukkan oleh Al-quran. Sehingga mereka terus berjihad di jalan Allah. Sama ada Jihad untuk mengajarkan ilmu, berdakwah, menginfaqkan harta  dan seterus Jihad Fisabilillah. Dan amatlah buruk dan tercela orang yang tidak dapat  memberikan apa -apa  sumbangan hatta sedikit untuk  agama Allah  sebagaimana sebaris dari lagu nasyid ini ''
Jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu" . Ya Allah , jadikan aku orang yang dapat memberikan walaupun sedikit sumbangan kepada agamaMu, sebelum nafasku terhenti....


jazakallahu khair...kepada Mardiahjamil http://mardhiahjamail.blogspot.com tatkala aku mendengar nasyid di blogmu sungguh menginsafkan diriku yang dhaif lagi lemah...


Renungkan sejenak..... 


9 comments:

CikSiti Mj said...

Alhamdulillah.. ada juga insan yang mendalami nasyid ini...
Ia merupakan nasyid terbaik buat saya.. Tiap kali dengaq mesti rasa sayu... Betapa kita insan lemah, namun kita masih kuat bila kita cuba menjadi gagah...

treasure from begger

Anonymous said...

@ciksiti: btol tu~ saya pon mcam tu juga~ bila dengar lagu nasyid mesti sayuuu jer... sampai bulu roma pon naik~ kekeke

Black_roses92 said...

mendalam maknanya..

S..U..D..@..I..S said...

semuga kita termasuk dlm golongan org menginfaqkan sumbangan untuk agama

MissXYZ a.k.a Abaikan said...

suke entri ni =)

Kalamhati said...

akak suka..tq so much for dis entry..=)

Mohd Hafiz said...

pernah dgr kisah ini... ... harap semua dpt ambil iktibar...
salam ukhwah..salam 1Dunia dr saya... :)

asadisae said...

saya suka dengan isi blog ini n skalian follow u...


dtunggu follow balik'a... salam ukhuwah

Blog Leader said...

betol tu... aper sumbangan kita pada agama Allah ini....?

Video "Rancangan Barat Memecah belahkan Umat Islam"

VIDEO MENARIK "RANCANGAN BARAT MEMECAH BELAHKAN UMAT ISLAM"