Sunday, March 14, 2010




Hati (al-qalbu)

Hati (al-qalbu) ialah segumpal daging yang berbentuk panjang bulat yang terletak di dada sebelah kiri, iaitu segumpal daging yang rongga-ronga tempat darah hitam yang menjadi sumber dan tempat penyimpanan roh (nyawa). Hendaklah anda ketahui, bahawa dalam bentuk dan susunan manusia itu mengandungi empat macam campuran. Oleh itu terkumpullah padanya empat macam sifat,iaitu:

1. Sifat keserigalaan
2. Sifat kebinatangan
3. Sifat kesyaitanan
4. Sifat keTuhanan


SEWAKTU manusia dikuasai sifat marah, ia akan melakukan perbuatan-perbuatan serigala: permusuhan, kebencian, menyerang manusia dengan pukulan dan cacian. Sewaktu manusia dikuasai oleh syahwat, maka ia akan melakukan perbuatan-perbuatan binatang: lahap, rakus,keganasan syahwat dan lain-lainnya. Sewaktu nafsu manusia telah meresap ke dalamnya urusan ketuhanan, sebagaimana yang difirmankan Allah SWT:
"Katakanlah:"Roh itu termasuk urusan Tuhanku." (Al-Israa':85)

Maka ia akan menganggap dirinya sebagai Tuhan, dan ia suka kekuasaan, keluhuran, keistimewaan, kebebasan melakukan segala hal, mahu berkuasa sendiri, terlepas dari sifat perhambaan dan sikap rendah diri. Ingin memperlihatkan read more... ilmu-ilmu seluruhnya, bahkan mengaku dirinya punya ilmu, makrifat dan menguasai hakikat segala sesuatu, ia gembira kalau dianggap tahu, dan bersedih hati kalau dianggap bodoh.

Dipetik dari Rahsia Hati yang menabjubkan (Imam Al-Ghazali)

2 comments:

Anonymous said...

salam...
x bley tulis kt chat box laa...
hehheheh..
mai la jdi my follower..
hehehehhe

Anonymous said...

tq 4 being my follower...
hehehhehe..
tp sya x bley nk brchat ngan awk lak..
huhuuu

SOFFIYA' S HOMESTAY MERU, KLANG

Ruang Parking Ruang Parking Luar Ruang Tamu Bilik Utama  Katil Saiz Queen untuk 2 orang Bilik ked...