Monday, April 5, 2010

JANGAN SESEKALI KITA LUPA..........

Untuk Mengingati Allah

Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. (Surat al-Ahzab: 41)

Jangan sesekali lupa...

* Untuk sentiasa menyibukkan fikiran kita dengan mengingati Allah (zikrullah)
* Untuk mengingati Allah semasa kita berdiri, duduk atau berbaring
* Bahawa tiada apa selain daripada mengingati Allah dapat menghilangkan kesedihan kita, kesukaran sesuatu tugas dan memberi kita ketenangan di hati
* Bahawa tiada apa pun (contoh: perniagaan atau kerja pejabat) yang sepatutnya mengganggu kita daripada mengingati Allah.
* Bahawa mengingati Allah adalah yang terbaik.


JANGAN SESEKALI KITA LUPA..........


Maut akan datang kepada kita pada bila-bila masa sahaja

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu akan dikembalikan. (Surah al-Anbiya': 35)

Jangan sesekali lupa bahawa...


* Setiap manusia, termasuk diri kita dan keluarga kita akan pasti mati
* Masa kematian kita telah ditentukan oleh Allah
* Kematian seseorang telah ditentukan dan tiada siapa yang boleh melengahkannya apabila ia tiba
* Apabila kita mati, kita akan kembali kepada Allah
* Jasad kita tidak akan bernilai lagi apabila kita meninggal
* Apabila ditanam didalam kubur, jasad kita akan mengalami proses pereputan
* Taubat yang dibuat ketika seseorang diambang maut tidak akan diterima
* Segala bentuk kelemahan yang kita ada di atas muka bumi ini adalah untuk mengingatkan kita tentang kematian
* Memikirkan tentang kematian akan menyucikan kita daripada segala cita-cita dan harapan palsu
* Kita perlu berdoa kepada Allah untuk menjadikan kita muslim semasa kita meninggal.


JANGAN SESEKALI KITA LUPA..........

Dunia yang kita hidup sekarang akan hilang suatu hari nanti

Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu. (Surah Muhammad: 36)

Jangan sesekali lupa bahawa...

* Mungkin ia terasa seperti lama, tetapi kehidupan dunia ini hanyalah seketika
* Apa yang dilihat sebagai mempersonakan di dunia ini hanyalah ujian
* Allah mengurniakan setiap orang hidup yang panjang supaya mereka ingin bertaubat mempunyai masa untuk berbuat demikian
* Allah menciptakan kehidupan dan kematian supaya Dia boleh menguji kita, untuk melihat amalan siapakah yang terbaik.
* Kehidupan dunia ini hanyalah sementara
* Nikmat di dunia ini hanyalah sekadar imitasi daripada nikmat yang sebenar di syurga dan nikmat-nikmat ini diciptakan untuk mengingatkan kita tentang syurga.
* Dengan keizinan Allah, seluruh dunia ini akan hancur pada Hari Kiamat
* Kehidupan dunia hanyalah sekadar permainan dan hiburan dan perlindugan sebenar ialah di akhirat
* Nikmat-nikmat dunia yang kita miliki tidak sepatutnya membuatkan kita membesar diri
* Orang yang benar-benar beriman tidak akan menjual akhirat hanya untuk kehidupan dunia.


Dipetik dari: Invitation of the Truth (Harun Yahya)

2 comments:

shameel Iskandar said...

lupa Allah dan lupa mati menyebabkan mansia hanyut ke lautan hidup yg tak bertepi.

Leka dan alpa yang mengundang duka dan snegsara di kemudian hari.

tehr said...

ya allah terimalah aku sebagai hambamu yang tahu bersyukur

SOFFIYA' S HOMESTAY MERU, KLANG

Ruang Parking Ruang Parking Luar Ruang Tamu Bilik Utama  Katil Saiz Queen untuk 2 orang Bilik ked...