Tuesday, April 13, 2010







Jawab Dulu Tiga Soalan

     Seorang kaya diserang hendap secara tiba-tiba. Sebatang anak panah tertikam di dadanya. Dalam kesakitan yang amat sangat itu, dia berkata kepada orang yang datang untuk membantunya: "Jangan lakukan apa-apa sehingga kamu memberi jawapan  tiga soalanku ini!"

     "Apa dia tuan ?"
     "Pertama, siapakah yang begitu berani menyerangku?" tanyanya sambil menahan kesakitan. Orang di sekelilingnya menggeleng tanda tidak tahu.

      Orang kaya itu tidak peduli, dia mengajukan soalan kedua: "Apakah yang memanahku itu orang kaya atau miskin?"
      Orang di sekelilingnya tambah hairan. Mereka ingin segera membawa orang kaya itu mendapat rawatan tetapi hal yang sebaliknya berlaku.
   
       Dan ketiga,

 apakah yang memanahku ini orang sini atau orang luar?" tanya orang kaya itu dengan suara yang tersekat-sekat. Belum pun sempat orang di sekeliling memberi respon. orang kaya yang cedera parah itu telah mati...


Pengajaran : Ramai antara kita lebih fokus kepada soal-soal pinggiran berbanding soal asas dan teras dalam menangani sesuatu masalah. Lihat sahaja betapa persoalan aqidah diperkecilkan dalam usaha menyelesaikan masalah hidup yang begitu kronik dalam masyarakat moden masa kini...

 ***  Dipetik dari Majalah Solusi***

***Komen dari kawan-kawan amat-amat dialukan***

4 comments:

tehr said...

kekurangan ilmu pengetahuan dan sikap malas berfikir menyebabkan mereka hanya fokus kepada soal remeh temeh.

qdine said...

Betul tu tehr. Kita tak tahu mane yang penting dari yang tersangat penting

gula manis said...

naseb baik org kaya tu tak tanye,
lepas ni sape nk jage hartaku..
ngeh ngehh.. :)

Acik said...

Salam..
Alagkah baiknya sewaktu hampir pd ajal, ingatkan Allah. Semoga kita tak meninggal dalam kesesatan atau kelalaian hati pd Allah.

SOFFIYA' S HOMESTAY MERU, KLANG

Ruang Parking Ruang Parking Luar Ruang Tamu Bilik Utama  Katil Saiz Queen untuk 2 orang Bilik ked...