Tuesday, April 20, 2010

Iceland terus digegar letusan

Sumber :Utusan Malaysia

REYKJAVIK 19 April - Kawasan luar bandar Iceland digegarkan semalam dengan gegaran-gegaran kuat daripada gunung berapi Eyjafjallajokull, yang terus menghamburkan abu yang menyebabkan berpuluh ribu penerbangan di seluruh Eropah dibatalkan.
Ibu negara, Reykjavik dan pusat-pusat penempatan lain terselamat daripada pencemaran tersebut apabila kepulan abu dari Eyjafjallajokull bergerak ke tenggara menghala ke benua Eropah, tetapi peladang dan ternakan di Iceland terpaksa berlindung di dalam bangunan apabila kawasan sekitar diselubungi abu.
"Kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan masyarakat peladang di kawasan terlibat dapat mengharungi bencana ini," kata Presiden Iceland, Olafur Grimsson kepada Reuters Television.

Beliau mengakui sukar untuk mentaksirkan kesan bencana itu terhadap sektor pelancongan di negara ini, yang baru hendak pulih daripada kemelesetan ekonomi buruk, tetapi kejadian baru-baru ini meletakkan Iceland di mata dunia dan ini boleh menarik lebih ramai pelancong.
Pejabat Meteorologi Iceland melaporkan, gegaran-gegaran daripada gunung berapi itu kini semakin kuat tetapi kepulan abu tebal yang diletuskannya reda sedikit kepada ketinggian antara 4 hingga 5 kilometer berbanding setinggi 11 kilometer apabila ia mula meletus awal minggu lepas.
"Kita menyaksikan isyarat bercampur-campur. Ada tanda-tanda menunjukkan letusan akan reda, tetapi ada tanda lain menunjukkan keadaan sebaliknya," kata pakar geofizik di Pejabat Meteorologi, Einar Kjartansson.
Letusan itu berlaku di bawah glasier Eyjafjallajokull, lazimnya kawasan popular di kalangan pengembara yang gemar berjalan kaki, kira-kira 120 kilometer ke tenggara ibu negara, Reykjavik.
Kjartansson percaya gunung berapi tersebut telah mencairkan kira-kira 10 peratus daripada glasier tetapi proses pencairan mungkin bertambah perlahan dalam tempoh beberapa jam lalu.
Bagaimanapun perkembangan itu tidak bermakna benua Eropah akan menyaksikan berkurangnya kepulan abu yang menyesakkan atmosfera dengan zarah-zarah kaca dan batu hancur yang mengancam pesawat-pesawat jet.
Glasier di atas gunung berapi itu hanya setebal kira-kira 200 meter, lebih nipis daripada kebanyakan glasier di atas gunung berapi lain yang meletus dalam tempoh kebelakangan ini.
Tempoh berbulan-bulan lagi mungkin diperlukan untuk gunung berapi itu mencairkan seluruh glasier, sehingga wap dan abu bertukar menjadi lahar, jelas beliau.

Sementara itu, walaupun, ada banyak foto telah dirakamkan . Ramai jurugambar telah mengambil gambar yang menakjubkan dari kesan abu pada matahari terbenam di Eropah. Salah seorang jurufoto telah mengatakan, abu telah mengakibatkan "pemandangan yang hebat".

Peringatan dari Allah, tentang bala bencana gempa bumi: Firman Allah SWT,"
 Lalu datanglah gempa menimpa mereka, dan merekapun mati bergelimpangan di dalam reruntuhan rumah mereka" (Al Quran Surat Al A’raf ayat 78 dan ayat 91)


Gambar-gambar yang sempat dirakamkan ...







4 comments:

mimi said...

nasib baik..tak kene kt tempat kite yer.....

qdine said...

berjaga dan beringatlah selalu ,terutama diri kita keluarga dan
masyarakat

Haffiz Al-Banna said...

"Dear Europe, sorry to hear about the ash clouds over your head and that you can't travel anywhere. We feel just the same. Sincerely, Gaza."

Underpinning Bridgeport said...

Very thoughtful blogg

SOFFIYA' S HOMESTAY MERU, KLANG

Ruang Parking Ruang Parking Luar Ruang Tamu Bilik Utama  Katil Saiz Queen untuk 2 orang Bilik ked...