Robot Astronott,Robonaut2, R2 dari NASA
|
Robot ini akan dikirim ke angkasa lepas tahun ini. Robot Astronott bernama Robonaut 2 atau R2 akan menjadi penghuni tetap stesyen angkasa lepas antarabangsa (ISS)
Robot Angkasawan ini merupakan projek kerjasama antara NASA dengan General Motors (GM)-- perusahaan automobil Amerika Syarikat.
Spesifikasi R2 sememangnye hebat. Dia harus boleh menjadi pembantu dan bekerja bersama manusia, baik sebagai angkasawan di angkasa lepas maupun sebagai pekerja GM di Bumi.
Robot R2 seberat 300 paun itu terdiri dari kepala, badan, dengan dua lengan dan dua tangan. R2 akan diluncurkan bersamaan dengan peluncuran pesawat ulang alik Discovery , sebagai sebahagian dari misi STS-133 yang dirancangkan bulan September akan datang .
Sementara R2 di angkasa, para penyelidik di Bumi akan terus meneliti kerja robot tersebut di ruangan tanpa udara.
Untuk sementara, aktiviti R2 akan hanya di laboratorium Destiny. Namun, di masa akan datang, dengan modifikasi tambahan, akan memungkinkan robot ini bekerja lebih luas, di luar atau di dalam kompleks stesyen angkasa lepas.
"Projek ini menjanjikan bahawa di masa depan, robot boleh bekerja di luar angkasa mahupun di Bumi. Tak hanya untuk menggantikan manusia, tapi juga bekerja bersama manusia," kata Pengarah Sistem Pengembaraan NASA Washington, John Olson, seperti dimuatkan laman web NASA.
"Gabungan potensi robot dan manusia, akan memungkinkan kita untuk pergi jauh, mencapai lebih dari apa yang mungkin boleh kita bayangkan hari ini.
Tak hanya bentuknya yang seperti manusia, R2 juga mirip cara kerja manusia, bahkan boleh menggantikan manusia dalam tugas-tugas berbahaya.
Untuk saat ini, R2 masih berbentuk prototaip dan tidak memiliki perlindungan yang memadai untuk ada di luar stesyen ruang angkasa dalam suhu yang melampau. (wm)
• Sumber di perolehi dari : VIVANEWS
4 comments:
zmn smkin canggih..robot pn da ganti manusia wt keje..
btw, thanx foLow ice..da foLo u balik.rajen2 singgah k ;)
no problem ice. kunjung mengunjung amalan mulia..
Nanti semua keje robot wat..hehehe
tapi kita lagi pandai dari robot tu sophie , jangan takut..
Post a Comment