Saturday, May 29, 2010




Konvoi kemanusiaan di jangka tiba di Gaza hari ini

sumber: Harakahdaily 
KUALA 
LUMPUR, 29 Mei: Pasukan polis laut Gaza telah membuat beberapa latihan bagi menyambut ketibaan konvoi kemanusiaan antarabangsa Gaza termasuk bagi tujuan menyelamatkan kapal daripada sebarang ancaman zionis.
Semalam, laman web http://www.lifeline4gaza.org/ melaporkan kapal-kapal bantuan itu dijangka tiba di perairan Gaza pada hari ini.
Laporan itu menyebut, setelah belayar sejak lebih 12 jam lalu daripada pelabuhan Yeni Antalya di Turki, kapal Mavi Marmara kini sedang berada di tengah Lautan Mediterranean berhampiran perairan Cyprus. 
Kapal Mavi Marmara sudah mula bergabung dengan sebuah kapal daripada Greece yang bernama Challenger-2. Mereka menunggu ketibaan tujuh buah kapal-kapal lain. Kapal-kapal itu dijangka meneruskan pelayaran terus ke Gaza apabila kesemua sembilan buah kapal bertemu di perairan tersebut.


Semangat 11 orang sukarelawan Malaysia yang mengikuti konvoi ini begitu tinggi sekali walaupun ada sebahagian daripada mereka yang tidak begitu selesa apabila mengikuti pelayaran jauh di lautan dalam buat pertama kali. Ketabahan mereka ditingkatkan lagi dengan kerjasama yang sangat erat dengan sukarelawan daripada negara jiran, Indonesia.
Pagi jam 10:00 pagi semalam, sukarelawan-sukarelawan daripada Malaysia dan Indonesia telah mengambil kesempatan bersama-sama Syeikh Ra’id Salah, Ketua Pertubuhan Palestina 1948 untuk mendapatkan nasihat dan berkongsi pengalaman beliau dalam memperjuangkan pembebasan Palestin dan Masjid al Aqsa.
Menurut Sheikh Ra’id, beliau menjangkakan akan berlaku Nakbah ke-2 dalam masa terdekat ini kerana Israel berusaha keras untuk mengusir 1.5 juta penduduk Palestin 1948 dan juga menghapuskan semua generasi 1948 yang kini bertebaran di kem-kem pelarian.
Beliau turut memberi amaran tentang perancangan Zionis untuk meruntuhkan Masjid al Aqsa sebelum akhir tahun 2010. Sambil mengemukakan bukti-bukti dakwaan beliau itu, Sheikh Ra’id menyebut bahawa isu Al Aqsa adalah isu al-Quran yang wajib dipikul oleh semua orang beriman.
Semalam dalam satu sidang media bersama-sama wakil-wakil daripada lebih 45 buah negara, Haji Noorazman Mohd Samsuddin yang berucap mewakili NGO-NGO daripada Asia Tenggara telah menegaskan bahawa masyarakat Nusantara terhutang budi kepada negara Palestin kerana mereka adalah merupakan antara negara yang pertama mengiktiraf kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945.
“Menyedari kepahitan hidup dalam penjajahan, rakyat Indonesia dan Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk membantu rakyat Palestin yang kini dijajah secara kejam oleh rejim zionis Israel,” kata Noorazman.
Sementara itu, Haluan Palestin di dalam laman webnya melaporkan, Imam Masjid Al Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sneinah dalam khutbah Jumaatnya semalam mengutuk sikap zionis Israel yang mengancam sekatan terhadap usaha armada bantuan kemanusiaan Gaza terbesar yang saat ini sedang berada di tengah Lautan Mediterranean berhampiran perairan Cyprus.
Seterusnya beliau menyeru agar ditamatkan pengepungan yang tidak adil terhadap Jaluran Gaza yang telah dilakukan oleh regim Yahudi Israel.
Syeikh Yusuf Abu Sneinah mengatakan bahawa: “Kami bangsa Arab dan umat Islam seharusnya menyatukan usaha untuk menghentikan pengepungan yang telah dikenakan pada saudara-saudara kita di Jalur Gaza, malahan pengepungan tersebut tidak boleh diterima secara rasional oleh mana-mana pegangan agama atau undang-undang dunia”.
Dengan tegas Imam Masjid Al Aqsa itu juga mendesak Israel menghentikan sikap sombong dan bongkak atas apa yang telah mereka lakukan terhadap Gaza kerana tindakan kejam mereka telah membunuh orang awam, menyebabkan lebih ramai warga Gaza menjadi pelarian dan menderita kelaparan. 

7 comments:

meowwmania said...

tahniah kpt 11 org sukarelawan malaysia

proud to be malaysian!

phycrewz said...

moga mereka semua berjaya. ameen

+akufobia+ said...

mendoakan keselamat mereka.kejayaan mereka.pertolongan DIA.

manna_salwa said...

salam,
kekejaman mereka terlalu melampaui batas..
semoga bantuan dari Allah menyelamatkan bumi Palestin..
insyaAllah..
Allahuakbar!

Min said...

Tahniah diucapkan kpd sukarelawan2 malaysia...

Anzur Anuar said...

semoga ALLAH S.W.T memberkati perjalanan dan usaha mereka. Sama-samalah kita membantu. Allahuakbar!!! Jahanam mampus yahudi!!! Allahuakbar!!!

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.

Video "Rancangan Barat Memecah belahkan Umat Islam"

VIDEO MENARIK "RANCANGAN BARAT MEMECAH BELAHKAN UMAT ISLAM"