بسم الله الرحمن الرحيم
ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK (hadis ketigabelas-40 hadis akhir zaman)
Ertinya:Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".
H.R. Thabrani
Di antara tanda-tanda qiamat ialah:
1. Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya
2. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah
tercemar.
tercemar.
3. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk
membuat kejahatan sangat banyak.
membuat kejahatan sangat banyak.
4. Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat
kemudahan yang sewajarnya.
kemudahan yang sewajarnya.
5. Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya.
6. Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik
tidak segan terhadap mereka
tidak segan terhadap mereka
Dari apa yang diterangkan diatas, sudah jelas didepan mata, Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang di sabdakan oleh RASULULLAH SAW. Perhatikan hari demi hari, situasi yang melanda umat islam di negara kita. Juara segala KEJAHATAN, KEFASIKAN dan KEMUNGKARAN telah dilakukan oleh umat islam itu sendiri. Gejala zina dan pembuangan bayi, perjudian yang berleluasa, sehingga apa yang Allah haramkan , dengan angkuh dan sombong mereka cuba untuk menghalalkan. Sedikit demi sedikit Allah datangkan bala seperti kemarau, cuaca panas melanda negara akhir-akhir ini. Nasihat dari orang-orang alim dipersendakan dan dipermainkan. Sesungguhnya pesan Rasulullah SAW adalah melalui Al-Quran dan hadisnya tidak sedikit pun kita peduli.
Marilah kita berdoa, agar Allah menyelamatkan kita dan ahli keluarga, zuriat-zuriat kita dari tergolong dalam kalangan mereka yang disebutkan tadi.
14 comments:
byak dh tande2 kiamat skrg ni..dgn DUNIA kita yg semakin panas..byak kejahilan+maksiat berlaku..
hanya pada ALLAH tempat kita berlindung dan smoge kite tdak tergolong dalam kalangan org2 yg jahil..aminnn.. :)
benar sekali nuraissyah. hampir kesemua tanda-tanda dah pun berlaku. Cuma tanda-tanda besar yang semakin hampir akan pasti berlaku. marilah kita berlindung dari fitnah Kubur dan fitnah Dajjal ..
pasni qdine cte la psal Dajjal..!!
Insyaallah, Nuraisyyah..
MasyaAllah...mmg dah banyak tanda yang ada...semoga kite semua mendapat hidayah dan petunjuk...amin
sesungguhnya , tanda -tanda ini menjadi peringatan kepada orang yang mahu memikirkan setiap ape yg,. berlaku sblum tiba hari As Saah yg tiada siape yg dapat memberikan pertolongan...Wallah hua'lam HAWA..
salam
lau kita perasan, mmg dunia makin hampir ke penghujungnya..tgk la skrg ni, sudah ramai alim ulama yg dipanggil menemui Ilahi..semakin hari..golongan ini semakin berkurang, sudahlah berkurang, ada pulak yg berani mempermain dan memperlekeh mereka yg hidup..
Memang benar sekali apa yang Muhammad Firdaus katakan. Terimakasih atas pandangan yg baik ini..
rasanya dah terlalu banyak tanda2 kiamat sekarang nih. semoga kita dilindungi daripada orang2 yang tercela. :)
Mari kita semua berusaha dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah...terimakasih atas pandangan itu Aidi..
qdine ingat mengingati tu amalan mulia...ade 1 hari tu..pempuan india dlm 30an dtg kat jue...dia cakap skang dah nak qiamat..dia cakap dia dapat mimpi suruh gtau semua org...ermmm...jue dgr je la...pastu dia cakap time kasih sebab dgr..dia cakap tu keje dia...;)
qdine ingat mengingati tu amalan mulia...ade 1 hari tu..pempuan india dlm 30an dtg kat jue...dia cakap skang dah nak qiamat..dia cakap dia dapat mimpi suruh gtau semua org...ermmm...jue dgr je la...pastu dia cakap time kasih sebab dgr..dia cakap tu keje dia...;)
Bersamalah kita ingat-mengingati, Jue
terima kasih atas tazkirah ini
Post a Comment