Sunday, May 23, 2010



POLIGAMI YANG SAH DIHUKUM, JUDI YANG HARAM DIBENAR

Kerajaan 1 malaysia sehingga kini masih memekakkan telinga dan menutup sebelah mata akan bantahan rakyat Malaysia terhadap kebenaran (lessen) JUDI yang mereka keluarkan kepada satu syarikat sempena bola sepak piala dunia yang akan berlangsung nanti.  Di sebalik dakwaaan  bahawa konsep 1 Malaysia-nya selari dengan islam,  namun apa yang kita dapat saksikan adalah pemerintahan kini semakin hari semakin dipenuhi maksiat.  Judi yang Allah sifatkan sebagai RIJSUN (NAJIS) kini terlihat jelas memenuhi  wajah pemimpin Malaysia.  Inilah ‘hadiah’ dari system demokrasi kepada rakyat Malaysia di  mana mengikut demokrasi,  pihak yang berkuasa (kerajaan) adalah pihak yang berhak membuat undang-undang.

Kerajaan secara kolektif, dan para menteri secara individu memiliki kuasa penuh untuk membuat undang-undang mengikut kuasa yang diperuntukkan kepada mereka di bawah hukum demokrasi. Kuasa’ mereka ini sungguh hebat di mana ia boleh mengatasi kuasa Allah SWT!!! Mereka boleh menghalalkan apa sahaja yang Allah telah haramkan! Dalam perkembangan lain, tetapi berkaitan, rakyat Malaysia telah ‘dihiburkan’ dengan satu lagi drama demokrasi di mana ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar, 51, dijatuhkan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 18 Mei lepas atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

Isterinya, pelakon Zizie Izette, 32, mengaku bersalah atas tuduhan bernikah tanpa kebenaran mahkamah manakala tiga iparnya dituduh bersubahat dengan Bung Moktar dan kesemua mereka didenda RM1,000, gagal bayar, enam bulan penjara. Di luar mahkamah, sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita berkumpul bagi membantah salah laku Ahli Parlimen Kinabatangan itu yang berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah. Kumpulan yang terdiri daripada gabungan tujuh NGO   turut mendesak Bung Mokhtar untuk meletak jawatan [Utusan Online akses 18/05/10].

Begitulah hakikat demokrasi di mana poligami yang sah di sisi Islam telah dijadikan satu kesalahan dan mesti dihukum jika dilakukan tanpa izin mahkamah. Manakala judi yang jelas-jelas haram di sisi Islam, dibolehkan, dibenarkan dan dihalalkan. Ini dari satu aspek. Dari aspek yang lain, kita tidak tahu lagi sejauh mana kes ini akan berlarutan kerana peguam Bung dikatakan sedang menyiapkan rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut. Bung Moktar bukanlah calang-calang orang, dia orang kuat UMNO dan seorang ahli Parlimen yang terkenal. Kebiasaannya, orang kuat UMNO mempunyai ‘imuniti’ yang kuat dari undang-undang, jika mereka tidak menjadi kambing hitam. Inilah sketsa dalam panggung demokrasi di mana segala undang-undang dibuat oleh manusia dengan mengetepikan segala undang-undang Allah.

Bung kini sedang ‘merasakan’ sedikit penangan undang-undang kufur yang digubal oleh tangan-tangan manusia, termasuklah dirinya sendiri sebagai salah seorang penggubal undang-undang. Kita semua tahu bahawa mengikut undang-undang Islam, poligami langsung tidak memerlukan izin mahkamah, namun mengikut undang-undang demokrasi, izin mahkamah diperlukan, jika tidak, maka akan didenda atau dipenjarakan atau kedua-duanya sekali!.

NGO wanita yang telah dicemari dengan kebusukan demokrasi tidak berpuas hati dengan Bung Moktar dan menuntut beliau meletak jawatan, tetapi dalam masa yang sama tidak pula menunjukkan bantahan mereka kepada kerajaan yang telah menghalalkan judi. Sautun Nahdhah kali ini bukanlah ingin terus memperkatakan isu ini, namun ingin memperbetulkan pemahaman masyarakat tentang poligami yang sering disalahfahami dan dijadikan isu perjuangan yang salah oleh sesetengah golongan.
 
Dipetik: suara kebagkitan -mykhilafah

14 comments:

NurSya said...

hmmmm..negara islam sendiri membelakangi akidahnya..ni la yg terjadi sekiranya ISLAM itu hanya pd nama..hukum halal dan haram dh tonggang terbalik,,maen langgar suke hati..hmmm..

smoge kite semua d berikan petunjuk :)

qdine said...

terimaakasih Aisyah, kerana sudi membaca n3 ini.

zulkbo said...

salam..
bila sistem negara
lebih kepada sekular
beginilah jadinya
moga kita jauhi judi

qdine said...

sememangya negara berkiblatkan sekular zulkbo. Mari kita tukar dengan kuasa undi kita pemerintahan agar islam ditempat yg tertinggi.

Keyyah said...

salam..bagus kupasan isu ni..xpenah terfikir lak..

Seri Bahasa said...

dah nak buat apa para pemimpin kita semuanya bergelumangan dengan maksiat. yang terima padahnya rakyat.

Amni said...

itu lah masalahnya... tapi bung tu salah jugak... nak poligami pon, kena bagitau isteri dulu.. huhu...

si para para said...

pemimpin yang zalim akan menzalimi apa sahaja untuk kepentingan sendiri..

qdine said...

terima kasih kepada sweet tour, seri bahasa, amni dan si para-para kerana prihatin masalah yg melanda negara kita ini. Semoga kita memohon perlindungan dari Allah dari terjerumus ke arah kemaksiatan.

Allah berfirman dalam Surah Hud ayat 113:

وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ

Jangan kalian cenderung menyokong orang yang zalim; kelak kalian akan dibakar oleh api neraka. (ketika itu) kalian tidak akan ada selain Allah sebagai penyelamat dan kalian tidak akan mendapat apa-apa pertolongan

qamarguyz said...

salam ziarah..
agreed with u s0al judi yG dihalalkan dengan pGeluaran lesen tu..yG haram jelas dihalalkan, ini zalim namanya..

tapi agak kurang bersetuju s0al isu p0ligami yG sah dihukum itu..mmG tidak dinafikan sesetengah NGO yG tidak faham suka memainkan isu sebegini, kita faham apa niat & tujuan mereka..bagaimana mereka memperjuangkan persamaan gender, keutamaan feminisme..perjuangan itu mmG dit0lak, kerna kita faham mereka mmG men0lak p0ligami mentah2!

namun dlm kes ini, perlu difahami bahawa kaedah perundangan syariah di negara kita tidak seteruk perundangan sivil..walaupun belum mnyeluruh, belum sempurna namun ia tetap berjalan menuju ke arah itu..

Syariat menerima p0ligami bukan tanpa sebab, apatah lagi di zaman manusia dikuasai nafsu kini..p0ligami bukan tuntutan, tp keperluan..ada syarat2 yG ketat dikenakan bagi menjaga maslahah agama..menjamin keadilan buat kedua pihak..dalam kes ini, Islam menerima keputusan mahkamah & men0lak hakikat yG terjadi.. seperti kes cerai, walaupun sah lafaznya namun jika mahkamah membuat keputusan sebaliknya berdasarkan kaedah yG ada, maka keputusan mahkamah wajib diterima pakai..

qdine said...

Assalamualaikum, Roy sememanya anda saya rasa amat memahami tentang perundangan sivil dan syariah. Saya pun rasa banyak masalah akan dihadapi oleh pihak mahkamah syariah memandangkan kuasa mahkamah sivil itu sendiri. Isunya poligami, seolah-olah tidak boleh kepada mereka yang tidak faham. Mungkin secara x sedar akan mencacatkan akidah atau terkeluar dari islam atau murtad seseorang muslim kerana ia telah dinyatakan secara jelas dalam al quran.

Perundangan islam tidak akan dapat dijalankan dengan dengan sebaiknye, jika mahkamah syariah tidak berkuasa untuk menentukan hukuman yg sepatutnye apa yg telah dinyatakan dalam al-quran. Sampai bila , hukum minum arak sepatutnya 80 sebatan , tapi hanya setakat 6 sebatan aje. Tak mengikut langsung apa yg telah ditetapkan. Disini perlunya pada perubahan secara total mungkin kepada kuasa undi. Agar Hukum syariat di letakkan di tempat yg tertinggi
Pada saya memang le Bung Bersalah tapi gambaran media, seolah-olah dia pesalah yg amat jahat sekali...

Syida said...

tak tau la apa nak jadi kat dunia sekarang ni.semakin haku tak faham...

shameel Iskandar said...

Islam hadhari
judi menjadi-jadi
islam Hadhari
ulama dicaci
Islam Hadhari
Hudud dibenci
Islam Hadhari
Rasuah berakar umbi.

1 Malaysia
Judi diutamakan
I Malaysia
Appco didahulukan

Unknown said...

mendoakan kemenangan buat mereka yang dalam kebenaran.

SOFFIYA' S HOMESTAY MERU, KLANG

Ruang Parking Ruang Parking Luar Ruang Tamu Bilik Utama  Katil Saiz Queen untuk 2 orang Bilik ked...