Sunday, June 20, 2010

Isu GazaYang kian Suram

Kita menangis untuk GAZA hanya sekejap,kita menadah doa untuk GAZA mengikut musim,kita berbicara tentang GAZA hanya di mulut.Selepas segalanya dah sejuk,fikiran pun dikosongkan dari memikirkan tentang GAZA.

Kita mudah tertipu dengan tipu daya musuh.itulah hakikat yang perlu ditelan oleh kita.

Perancangan rapi musuh telah memerangkap kita.kita telah terperangkap dengan permainan mereka.World cup yang datang selepas tragedi MAVI MARMARA diserang cukup untuk menukarkan rasa sedih dan geram kita pada kejadian itu kepada kegembiraan dan kelalaian kita menonton dan bersorak untuk pasukan pilihan masing-masing.tidak salah untuk menonton,tapi jika ada yang sanggup berkorban apa saja untuk terpacak di depan tv semata-mata tidak mau ketinggalan menyaksikan secara live perlawanan,itu satu kerugian yang nyata.kalau minat bola sekalipun,biar diseimbangkan dengan perkara-perkara lain yang lebih bermanfaat.GAZA tidak berhenti menangis,tapi kita sudah cepat-cepat mengesat air mata yang tidak kelihatan itu.Ingat,GAZA itu tanggungjawab kita bersama.

World cup juga satu konspirasi jahat dari musuh yang telah dirancang rapi.lagunya,lambangnya,nama bolanya..semua mengandungi seribu satu konspirasi yang tersirat.Terpulanglah untuk mempercayainya atau tidak.Gerakan halus ini sangat licik pergerakannya.hampir kita tidak sedari,gerakan ini telah berada di sekeliling kita melalui racun-racunnya yang lima seperti yang disebutkan dalam post sebelum ini iaitu 5S=SONG,SMOKE,SPORT,SCREEN,SEX.

Bangunlah dari tidur wahai Umat Muhammad s.a.w.Saudara kita di GAZA memerlukan pertolongan kita.Jangan terpedaya dengan musuh yang sentiasa mencari peluang menghancurkan kita dari pelbagai sudut.Amat rugi air mata yang mahal itu dicurahkan ke tempat yang tidak selayaknya. Curahlah untuk menangisi keperitan saudara kita di sana.
  
sumber : tranungkite ( http://redqalbi.blogspot.com)

10 comments:

~~su manje~~~ said...

salam...
moga semangat kita tak padam...
dendam zionis tetap membara kpd umat islam...

ayin~weeweet said...

ingatan utk sy jg :)

Pencacai Alim said...

zionis rs mereka ini umat terpilih..padahal mereka ni dilaknat Allah dunia dan akhirat..

qdine said...

kepada insan, ayin~weeweet da Zaini Punye Citer, teruskan usaha ape jue termampu untuk membantu saudara kita di palestine, khususnye di Gaza

. . . said...

antara punca org lupa perkara ni sebab piala dunia!!! ramai fokus dan kurang memberi tumpuan kepada isu gaza buat sementara waktu!!!
.
.
.
apa pun mari kita doakan kejayaan bagi misi penghantaran bantuan ke2!!!

Izan Ishak said...

moga GAZA sentiasa dalam doa kita. selamatkan mereka dari semua musuh2 Islam~

neon si lampu neon said...

jom g perang. baru jihad namenye

qdine said...

kepada aliff, izan dan neon, terima kasih kerana sudi memberikan pendapat. Apapun jika kemampuan kita untuk berjihad fisabilillah nyawa dan harta itulah semulia-mulia ibadat. Jika kemampuan kita untuk berdoa itu juga sumbangan yang mulia.

ASSOYFINGER67 said...

salam...t/K kerana menyedarkan aku...tp aku tak ikut WC 100% sibuk ngan tugas...namun aku juge lalai...moga ALLAH mengampuniku..

SuhaNa said...

Ghazwul fikr!!..

ana ada mengulas tentang serangan pemikiran ini juga..mahu dikongsi bersama..

http://ayam-jihad.blogspot.com/2010/04/kita-diserang-1.html

http://ayam-jihad.blogspot.com/2010/04/kita-diserang-2.html

SOFFIYA' S HOMESTAY MERU, KLANG

Ruang Parking Ruang Parking Luar Ruang Tamu Bilik Utama  Katil Saiz Queen untuk 2 orang Bilik ked...