Monday, September 6, 2010

بسم الله الرحمن الرحيم


 Melipat gandakan ibadah di Fasa Terakhir Ramadhan 
   
 Kita kini telah memasuki fasa akhir ramadhan. Fasa yang dinamakan “Itqun Minan Nar” Bebas dari cengkaman api neraka. Disinilah pusingan akhir untuk menentukan kemenangan (puasa yang diterima oleh Allah). Umpama pelari  marathon yang ingin terus memecut untuk sampai kegarisan penamat. Banyak juga mereka yang memecut di awal perlumbaan, tapi akhirnya tewas. Lihat saja hari pertama ramadhan , terpaksa bersesak-sesak ketika  untuk berterawih, meriah masjid dan surau ketika itu. Tapi hanya bertahan seminggu saja. Lengang kembali surau dan masjid seperti tahun-tahun lepas juga, meriah pula shopping kompleks dan kedai-kedai pakaian di ketika hamba-hamba Allah sedang bersolat dan mengharapkan kerahmatan, keampunan serta dibebaskan dari azab neraka jahanam. 


  Sesungguhnya , kita mengharapkan pada Allah agar jadikan puasa kali yang terbaik bagi diri kita, kerana pastikah kita untuk dapat bertemu dengan ramadhan pada tahun hadapan. Pastinya TIDAK ! . Madrasah ramadhan selama sebulan ini adalah tidak lain untuk mengubah sifat buruk kepada yang baik, membuangkan segala sifat-sifat mazmumah. hasilnya moga-moga kita menjadi hamba Allah yang mutaqqin (bertaqwa).Sifat taqwa akan wujud dalam dirinya, jikalau puasa dilakukan dengan sebaik-baiknya.




Rasulullah  S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun pun  berhimpun. Lalu baginda menaiki anak tangga mimbar, kemudian baginda berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, baginda berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, baginda berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami diceritakan, semasa Nabi Muhammad naik ke mimbar masjid untuk menyampaikan khutbah, di anak tangga pertama, baginda mengucapkan “amin”, di anak tangga kedua juga diucapkan “amin” seterusnya di anak tangga ketigapun diucapkan “amin” juga. Apabila sampai di atas mimbar, nabi melihat wajah para sahabat yang tertanya2, kerana biasanya perkataan “amin” hanyalah dibaca ketika berdoa. Baginda pun menjelaskan bahawa, sedang baginda naik ke atas mimbar tersebut Malaikat Jibrail telah turun dan sahabat2 tidak dapat melihatnya. Ketika turun tersebut, Malaikat Jibrail berdoa sebanyak 3 doa, yang mana telah diaminkan oleh Nabi Muhammad sebanyak 3 kali tersebut:
(Hadis- Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (r.a) )

Nabi SAW Lalu menjawab:
“Sesunggunya Sesungguhnya Jibrail (a.s) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya."



Doa yang pertama bermaksud, : Ramadhan tidak memberi apa-apa kesan pun terhadap dirinya. Ianya serupa sahaja sebelum dan selepasnya. Dia tidak mahu memahami falsafah ramadhan dan tidak peduli langsung apabila tibanya bulan ramadhan. Berpuasa pun ala kadar sahaja. Jauh sekali untuk mengambil pengajaran dan memahami. Puasa tidak memberi apa kesan terhadap dirinya baik semasa bulan Ramadhan ataupun di luar bulan Ramadhan. Maka ramadhan adalah sama saja dengan bulan-bulan yang lain.`

Doa yang kedua bermaksud, : Hendaklah disahut dengan ucapan selawat  “اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍapabila mendengar nama Nabi Muhammad SAW disebutkan. Diriwayatkan dalam hadis  apabila disebutkan nama Baginda, maka sesiapa yang tidak berselawat adalah orang yang paling kedekut. Manusia jenis ini juga akan mendapat kehinaan yang memalukan.

Doa yang ketiga bermaksud, : Ditujukan kepada anak-anak yang tidak mahu berbakti kepada kedua ibubapa ketika mereka masih hidup. Tidak ada keberkatan ditimpakan oleh Allah dalam hidupnya

Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam tiga golongan yang disebutkan oleh Rasullah dalam sabda baginda. Semoga ramadhan ini, ramadhan yang terbaik bagi diriku dan kalian semua. Semoga ianya menjadi pesanan  buat  diriku (yang dhaif dan lemah ini)  dan kalian juga dapat melipatkan gandakan usaha di kesempatan ramadhan yang berbaki sedikit saja lagi dan moga kita bertemu dengan malam al-qadar dan berjumpa lagi dengan ramadhan yang akan datang ....







2 comments:

meowwmania said...

semoga amalan kita diterima oleh-Nya, amin...

MAZHA said...

salam, artikel yang memberikan kesedaran...terutama saat akhir ramadhan...

SOFFIYA' S HOMESTAY MERU, KLANG

Ruang Parking Ruang Parking Luar Ruang Tamu Bilik Utama  Katil Saiz Queen untuk 2 orang Bilik ked...