Misi Dakwah Rasulullah Ke Bumi Thoif
Perjalanan ke Thoif sememangnya adalah pengalaman yang amat bermakna bagi jemaah umrah. Memandangkan kota thoif, ini adalah kota yang jarang dibuka oleh kerajaan Arab Saudi kepada umum atas sebab-sebab keselamatan, kepada mereka yang berpeluang ke Thoif ini adalah pengalaman yang amat berharga sekali. Ketinggian lebih kurang 1 km dari aras laut. Thoif juga tempat percutian bagi penduduk Arab Saudi ketika musim panas. Ini kerana ianya mempunyai cuaca yang agak dingin. Buah -buahan musim sejuk banyak ditanam disini, seperti Lemon, strawberi, Tinn, Zaitun dan anggur.
Disini kita akan dapat melihat kesan -kesan sejarah bagaimana sukarnya untuk Rasulullah berdakwah disana bersama para sahabat. Perjalanan jemaah umrah adalah dengan menaiki kereta kebel ataupun dengan bas. Perhatikan gambar di bawah, ketinggian dari atas melihatkan pemandangan yang jelas disekitar kota Mekah
Disini kita akan dapat melihat kesan -kesan sejarah bagaimana sukarnya untuk Rasulullah berdakwah disana bersama para sahabat. Perjalanan jemaah umrah adalah dengan menaiki kereta kebel ataupun dengan bas. Perhatikan gambar di bawah, ketinggian dari atas melihatkan pemandangan yang jelas disekitar kota Mekah
Cuba perhatikan gambar di atas dan di bawah. Jalan yang berbentuk zig-zag adalah laluan unta Rasulullah ketika mendaki cerun-cerun yang tinggi dilihat amat jelas sekali dari atas kereta kebel. Begitu sukarnya perjalanan dakwah yang terpaksa ditempuh oleh Rasulullah dan sahabat untuk ke Thoif. Begitu besar pengorbananmu wahai Nabi , semata-mata untuk menyampaikan risalah tauhid. Kesayuan yang amat sangat terpancar di wajah dari teman-teman umrah dan ziarah apabila memandang saja kesan-kesan laluan unta Rasulullah tesebut. Tekanan terhadap dakwah nabi di Mekah menyebabkan misi diteruskan ke Thoif pula.
Dini juga terdapatnya makam sahabat nabi yang mashyur, iaitu Sayyidina Abbas (RA). Terdapat juga disini masjid Sayyida Abbas.
Gambar diatas pula, adalah kesan lekukan dari siku Nabi Muhammad, ketika baginda berehat untuk menyelamatkan diri dari penduduk Thoif yang membaling batu ke arahnya. Disini diceritakan Malaikat Jibrail memohon kepada Nabi untuk menghempapkan saja penduduk Thoif dengan bukit-bukit disekitarnya. Ini kerana Jibrail terlalu kasihan melihat penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh Rasulullah. Tapi Nabi menjawabnya sesungguhnya mereka (penduduk) thoif adalah orang -orang tidak mengerti. Nabi juga berdoa kepada Allah agar penduduk Thoif menerima Islam.
Penduduk Thoif kini, merupakan golongan yang kuat pegangan Islamnya . Sesungguhnya Allah telah mengkabulkan doa Rasullah untuk menjadikan penduduk Thoif menjadi pembela kepada agama.
Penduduk Thoif kini, merupakan golongan yang kuat pegangan Islamnya . Sesungguhnya Allah telah mengkabulkan doa Rasullah untuk menjadikan penduduk Thoif menjadi pembela kepada agama.
6 comments:
Bertapa besarnya perjuangan Rasulullah. Tiada sesiapa un dapat menandingi semangat dan kekuatan baginda. Bagus isi blog ni..
terimakasih zures. Saya takut akan dipertanggungjawabkan sekiranya isi penulisan ini semata-mata utk mencari keseronokan sahaja. Biarpun apa yang yang lakukan redha Allah yg kita cari. Insyaallah
salam ziarah..
subhanAllah..besarnya peng0rbanan Baginda & para sahabat..
syukran c0z berk0ngsikan pengalaman ini d sini, ser0nok membaca.. =)
m0ga ada hikmah pGajaran
kepada Azrai, terima kasih atas komentar. Sama-samalah kita berdakwah di ruang ini.. Insyaallah
jika kita berkemampuan jejaki Mekah dan Madinah , kerana disitu letak jasad yg mulia Rasulullah dan berdoa di Raudah dan menziarahinya
insaf ni...
mohon share artikel ttg Thoif..ada yg berminat ttg sejarah tempat yg sangat istimewa di zaman RasulAllah solallahu a'laihi wa alihi wasallam ini..
Post a Comment