Moga-Moga Ramadhan Kali Ini Kita Dapat Lakukan Ia......
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang HARAM atau yang mengandungi unsur SYUBHAT terutama ketika berbuka1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia
Sabda Rasulullah SAW; " Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga (Riwayat an-Nasaei)
Sabda Rasulullah SAW; "Puasa itu adalah 'perisai', sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa, janganlah bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau memeranginya, maka maka hendaklan dia katakan kepada seseorang itu: "Saya sedang berpuasa" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya
6. Kawal nafsu ketika berbuka. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah SWT
Sabda Rasulullah SAW; "Takungan kekejian yang dipenuhkan oleh manusia adalah isi perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan, maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya" (Riwayat Ahmad dan Termidzi)
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadahan & mengambil kesempatan beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin.
8. Praktikkan amalan sunat seperti segera berbuka, berbuka dengan buah kurma atau jika tiada kurma memadailah dulu dengan segelas air serta melambatkan makan sahur. Nabi SAW berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat maghrib
Sabda Rasulullah SAW; "Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat)selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
9. Menyediakan makanan kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji kurma atau segelas air.
10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat wirir, solat tahajjud, solat taubat, membaca Al-Quran dan sebagainya.
7 comments:
insya'Allah...
insyaAllah.. smoga dberi kesempatan n ksabaran dlm mlakukan sume 2 :)
salam, peringatan yang amat baik bagi mendapat puasa yang sempurna dan diterima oleh Allah SWT...
semoga ibadat mndapat keredhaan Allah..amin
amin...semoga amalan kita di terima
amin...semoga gtulah hendaknya,,, kita mampu mengubahnya=)
puasa dah nk hbs..sedihnyer..cpt sungguh ms berlaluu
Post a Comment