Thursday, February 11, 2010



Dekatnya Kematian Dengan Kita

Setiap kali saudara terdekat , sahabat dan teman-teman dimana kematian menjemput mereka, dikesempatan itu juga kita menziarahi jenazah dan menghantar ke perkuburan. Dikala ini kita membayangkan akhirat dan sebagainya. Semua itu dapat mendekatkan lagi gambaran kematian di depan mata. Kita semakin YAKIN bahawa kematian pasti menjemput kita suatu masa nanti


Hal ini membuatkan kita menangis , dan amat bimbang betapa kematian yang sering kita lupai, sesungguhnyan ia tidak pernah melupakan kita, malah bertandang setiap hari. Atau mungkin kita masih terlena dengan kenikmatan dunia, dan lalai dengan kesenangan duniawi bersama isteri, anak-anak dan teman-teman. Kebimbangan seharusnya muncul apabila mengingati kematian, dimana kita melupakan kematian atau sengaja melupakannya. Disaat kita sihat, betapa sukarnya untuk kita menyumbangkan sesuatu pada agama, apalagi untuk membelanjakan harta serta bersedekah dan berjuang di jalan Allah.
Begitu kuat nafsu membelenggu dan mempertahankan hartanya selama ia masih sihat, Ia mengira bahawa kematian hanya akan datang tatkala mereka terbaring sakit atau mereka yang sedang nazak di bilik ICU. Betapa banyak orang-orang menganggap sedemikian, bahawa mereka tertipu dengan kesihatan tubuh badan sehingga terlupa atau sengaja melupakan bahawa kematian sesekali tidak membezakan antara yang sihat dengan yang sakit, dengan yang tua mahupun yang muda.

Telah banyak dosa yang kita lakukan pada orang lain. Samada kita sakiti, fitnah dan zalimi mereka. Bahkan ajal akan menjemput kita dalam keadaan belum sempat kita bertaubat dan memohon keampuan atas dosa-dosa yang telah kita lakukan terhadap mereka. Bahkan ajal akan datang secara tiba-tiba tanpa mengira bila dan di bumi dimana kita berada.



Sebelum kita melakukan perkara yang tidak baik ini sesama makhluk, hindarilah ia dari terus melakukannya. Jangan samapai kita menghadap Allah SWT dengan membawa kesalahan diri kerana menzalimi orang lain yang akan mendatangkan seksa neraka yang azab dan pedih. Sesungguhnya berdoalah kita kepada Allah agar melindungi kita darinya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Jauhilah perbuatan zalim, kerana kezaliman adalah kegelapan di hari kiamat" (HR:Muslim-2587)

Dan juga pesanan dari Muhammad Ibn Idris Al-Syafi'i

" "Wahai penasihat manusia, apa yang sedang engkau lakukan? Ingatlah !Usiamu terbatas, sama
seperti yang engkau nasihati. Jagalah dirimu jangan sampai ternoda, kerana sepercik noda diatas
kain putih akan jelas kelihatan.

Engkau kejar keselamatan, tetapi tidak engkau tempuh jalan itu. Ingatlah! Tidak ada perahu
belayar di daratan.
Tidak ada harta dan anak yang akan bermanfaat di hari pembalasan. Tetapi mengapa dasyatnya
seksa kubur itu sering dilupakan pada malam pertama (pengantin).

Selama ampunan-Mu masih mengalir, tidak ada dosa yang tak terhapuskan, Kau Maha Pemurah,
Pengampun dan Maha Mulia

Muhammad Ibn Idris Al-Syafi'i

9 comments:

pak dogol said...

kampung di sini semakin mengecil manakala kampung di sana semakin meluas..

penduduk di sini semakin bekurangan manakala penduduk di sana semakin bertambah..

begitulah perbandingan di antara alam kehidupan dan alam kubur..

hanya mereka yang 'tidur dalam tidur' mengerti akan mimpi2 perjalanan sebuah kehidupan..

salam dari pak dogol..

qdine said...

terima kasih atas ulasan itu., Pak Dogol. Sesungguhnya penduduk disana sudah mengetahui dan menunggu kedatangan ahli ke alam yang sepi lagi gelap.

Anonymous said...

mga kita sume dapat muhasabah diri..:)

abigemok said...

hidup itu satu prjalanan..

noorafzan.blogspot.com said...

hidup kita bermatlamatkan akhirat yang kekal abadi.=)

qdine said...

Hisabli diri kita sebelum kita dihisab, lebih kurang begitulah cik taqie

qdine said...

kyuubi, hidup kita umpama belayar dan singgah di pelabuhan, untuk mendapatkan bekalan semasa dalam pelayaran. Dimana pelayaran ini masih jauh lagi

qdine said...

Terima kasih NoorAfzan, kalau kita menanam padi sudah tentu akan tumbuhnya lalang. Kalau kita menanam lalang tak kan tumbuhnya padi. Itulah perumpamaan akhirat itu adalah padi. lalang itu adalah dunia. Kejar akhirat sudah tentu dunia pun dapat.

mimi said...

Salam
datang sini...
saya baru lg dalam dunia blogging..
harap dapat kongsi sesama kita ape2 aje ttg blogging....thanks..

SOFFIYA' S HOMESTAY MERU, KLANG

Ruang Parking Ruang Parking Luar Ruang Tamu Bilik Utama  Katil Saiz Queen untuk 2 orang Bilik ked...