Sunday, August 22, 2010

Moga-Moga Ramadhan Kali Ini  Kita Dapat Lakukan Ia......

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena  dengannya
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang  sia-sia
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang HARAM atau yang mengandungi unsur  SYUBHAT terutama ketika berbuka
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati  atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia

 Sabda Rasulullah SAW; " Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga (Riwayat an-Nasaei)
 Sabda Rasulullah SAW; "Puasa itu adalah 'perisai', sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang    berpuasa, janganlah bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang  mengejinya atau memeranginya, maka maka hendaklan dia katakan kepada seseorang itu: "Saya sedang berpuasa" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
5. Jangan membanyakkan  tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya 
6. Kawal nafsu ketika berbuka. Sebaik-baiknya adat makannya  sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah SWT  
Sabda Rasulullah SAW; "Takungan kekejian yang dipenuhkan oleh manusia  adalah isi perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan, maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir  bagi pernafasannya" (Riwayat Ahmad dan Termidzi)
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadahan & mengambil kesempatan beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin.
8. Praktikkan amalan sunat seperti segera berbuka, berbuka dengan buah kurma atau jika tiada kurma memadailah dulu dengan segelas air serta melambatkan makan sahur. Nabi SAW berbuka dahulu sebelum Baginda  mengerjakan solat maghrib
Sabda Rasulullah SAW; "Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat)selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
9. Menyediakan makanan kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji kurma atau segelas air.
10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat wirir, solat tahajjud, solat taubat, membaca Al-Quran dan sebagainya.




     



7 comments:

meowwmania said...

insya'Allah...

Unknown said...

insyaAllah.. smoga dberi kesempatan n ksabaran dlm mlakukan sume 2 :)

MAZHA said...

salam, peringatan yang amat baik bagi mendapat puasa yang sempurna dan diterima oleh Allah SWT...

Pencacai Alim said...

semoga ibadat mndapat keredhaan Allah..amin

~~su manje~~~ said...

amin...semoga amalan kita di terima

- iam.biya - said...

amin...semoga gtulah hendaknya,,, kita mampu mengubahnya=)

sajaaku said...

puasa dah nk hbs..sedihnyer..cpt sungguh ms berlaluu

SOFFIYA' S HOMESTAY MERU, KLANG

Ruang Parking Ruang Parking Luar Ruang Tamu Bilik Utama  Katil Saiz Queen untuk 2 orang Bilik ked...