Thursday, October 14, 2010



Stuxnet - senjata pemusnah terbaru Yahudi


"Dalam pertengahan September, seluruh dunia dihebohkan oleh berita arus perdana yang memaparkan cerita berita tentang Israel sebagai pencipta dan penyebar virus komputer paling merbahaya, iaitu Stuxnet.

Sebelum ini, kebanyakan virus hanya menyerang PC atau ‘server’ untuk e-bisnes, iaitu dengan cara memadamkan fail atau dokumen sistem kunci, atau menghalang capaian laman sesawang, tetapi tidaklah sampai ketahap merosakkan fungsi utama.

Virus Stuxnet berbeza. Ia satu-satunya virus yang berupaya menembusi komputer yang digunakan untuk mengawal mesin-mesin utama dalam industri, sehingga membolehkan penyerangnya mengawal sistem-sistem kritikal seperti pam, motor, loceng kecemasan dan injap dalam sesuatu kilang industri. Yang paling ditakuti ialah apabila sistem keselamatan di loji tenaga nuklear dapat di matikan; air segar dicemarkan dengan sisa buangan dari loji rawatan kumbahan, atau injap paip minyak dibuka sehingga mencemari tanah dan laut.
“Apabila penyerang dapat mengawal sistem industri seperti, loji air, loji rawatan kumbahan atau stesyen janakuasa, maka ia akan menjadi satu ancaman yang amat serius kepada dunia,” kata Patrick Fitzgerald, pegawai kanan perisikan ancaman Symantec.

Kenapa menuding jari kepada Israel? Pertama, tumpuan serangan adalah Iran dengan mensasarkan kemudahan nuklear di Natanz, iaitu berada di tempat pertama dalam senarai sasaran Israel. Kedua, terdapat dua “cap jari” yang ditinggalkan pada Stuxnet, salah satunya merujuk kepada Esther, iatu wanita yang diceritakan dalam kitab Injil yang telah menyelamatkan Yahudi Parsi.
Yang lain pula ialah terdapatnya satu tarikh yang tersembunyi dalam kod-Mei 9, 1979, hari di mana seorang Yahudi Iran bernama Habib Elghanian dijatuhi hukuman bunuh oleh kerajaan revolusi Islam yang baru dibentuk (menandakan tamatnya penguasaan Zionis dalam negara berkenaan) sehingga menyebabkan berpuluh-puluh ribu Yahudi Iran lari meninggalkan negara tersebut.
Kebanyakan pakar merujuk kepada Israel sebagai, yang paling berkemungkinan, mencipta senjata bio-teknologi ini. Mereka juga bersependapat bahawa virus ini bukan sahaja mengancam Iran, tetapi juga sistem-sistem di seluruh dunia, bila mana Stuxnet akan membolehkan penggodam-penggodam mengarah-dan-mengawal mekanisme infrastruktur kritikal di negara-negara maju.
Semua “media utama” membawa berita tentang bencana elektronik terbaru ini yang dianggap sungguh dasyat, mengingatkan kita tentang hysteria Y2K lebih sedekad yang lalu.
Mereka yang memiliki senjata ini seolah-olah menyerupai seseorang yang sedang mengacu pistol di kepala pemimpin sebuah negara sambil membuat tuntutan.
Sekalipun terdapat berita-berita yang merumuskan Israel sebagai dalang di sebalik penghasilan virus ini, tidak kedengaran langsung protes dari negara Yahudi itu atau sekutu-sekutunya menunjukkan seolah-olah mengiyakan wujudnya “konspirasi Yahudi” yang berkemampuan menghancurkan dunia hanya melalui satu klik pada papan kekunci.
Ini menunjukkan kepada kita bahawa Israel memang mahu dunia mempercayai bahawa merekalah yang bertangungjawab menyebarkan virus pemusnah sistem ini.
Kenapa Yahudi membenarkan “teori konspirasi yang berbaur anti-semitik” ini?  Alasannya ialah kerana cerita-cerita mistik dan misteri ini boleh melonjakkan imej mereka sebagaimana mereka percaya tuhan mereka yang dipanggil Yahweh akan membawa bencana ke atas orang-orang yang menyakiti dan menyusahkan bangsa mereka yang terpilih.
" 
sumber: Tranungkite

3 comments:

Zaer!! said...

Sungguh dasyat dunia yahudi ni!

Cik Tim said...

sesungguhnya mereka adalah bani yang dikurniakan allah ilmu yg tinggi tetapi mereka bongkak.. nau'zubillah.. jangan kita juga tergolong dlm golongn seperti mreka..

Blogger said...

I'm using Kaspersky anti virus for a few years now, and I'd recommend this Anti-virus to everyone.

SOFFIYA' S HOMESTAY MERU, KLANG

Ruang Parking Ruang Parking Luar Ruang Tamu Bilik Utama  Katil Saiz Queen untuk 2 orang Bilik ked...